Suapan:
Kiriman
Komentar

Arkib bagi Kategori ‘reka cipta’

full!!!””

blog cikgu dah penuh….so….nanti cikgu buat blog yang baru  atau beli dari wordpress……..siapa2 yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan rc boleh pergi ke link berikut….

akudanstudentku.blogspot.com atau terus klik sini

minta maaf diatas segala kesulitan..

Baca Kiriman Penuh »

gambar ini boleh diletakkan di bahagian elemen 1.2 sebagai produk sedia ada. Ia juga boleh dijadikan sebagai subjek rujukan untuk elemen 1.3.

walaupun saya sudah tidak mengajar rc lagi….in sha Allah…saya akan terus berbakti dalam bidang rc terutamanya untuk bekas2 pelajar saya di smk paduka tuan dan juga untuk kemudahan guru2 rc dan juga sesiapa sahaja yang memerlukannya..

semoga usaha saya ini akan diberkati oleh ALLAH…amin…

Baca Kiriman Penuh »

9.11.2012
Hari terakhirku di SMKPT

REKA CIPTA

Mata pelajaran Reka Cipta mula ditubuhkan di sekolah ini pada tahun 2003. Aku adalah orang pertama yang mengajar subjek reka cipta disekolah ini. Sebaik aku melangkah masuk ke Smkpt…pengetua (PN.HAJAH ZALAHA BTE MOHD.SAID) telah mengamanahkan aku untuk mengajar reka cipta. Tidak boleh aku gambarkan…macam mana nak ajar. Dalam fikiranku blank. Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku pada masa itu.

Kalau sekarang banyak ilmu dan info yang kita boleh cari kat internet. Tapi pd thn 2003..pengetahuan tentang penggunaan internet sangat kurang. Aku pun tak terdedah dengan itu semua.

Balik rumah aku meluahkan perasaan kerisauan ku kepada suami. Tak ada tempat lain lagi untuk aku mengadu. Rakan2 sekerja masa tu pun tak berapa faham dengan subjek reka cipta dan tak berapa memberi sokongan kepadaku. Hanya Pn.Cheh dan Cikgu Mansor jea yang sangat2 memahami masalahku.

Tak ada rujukan untuk mengajar…tak ada buku teks…dan tak ada orang pernah mengajar.

Pihak PPK hanya memberikan SUKATAN PELAJARAN & HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Bayangkan….macam mana nak mengajar kalau tak ada buku panduan….

Aku teraba-raba dan tercari2 idea macam mana nak mengajar pelajar2 rc. Seminggu…dua minggu hingga sebulan aku masih tak ada idea.

Akhirnya datanglah pertolongan dari suamiku. Aku membeli buku2 teks berkaitan teknologi…lukisan kejuteraan….kejuteraan automotif….fizik…sains…semata2 untuk memberikan ilmu kepada pelajar2 rc.  Suamiku telah memberikan modul p&p yang diajar di KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT kepadaku. Suamiku memang banyak membantuku dalam rc.

Aku bersyukur kerana suamiku sudi membantuku bukan setakat memberikan modul dan nota2 tetapi juga dari segi lukisan ceraian dan juga lukisan perspektif. Begitu juga dengan AUTO CAD. Beliau sudi datang ke sekolah untuk menginstall kan program tersebut di makmal komputer sekolah. Beliau juga membantu pelajar2 rc untuk print lukisan Auto CAD di KOLEJ KOMUNITI. Sebab kat sekolah tak ada printer untuk kertas A3.

Beliau juga sudi mendengar masalah aku. Dan membantuku untuk menyiapkan kerja kursus rc.
Memang banyak jasa beliau pada subjek rc.

Batch pertama untuk kelas rc adalah Nurul Effendy…Nurul Khairiah…Nuri Asnawi…Hawa Khan…Nor Atiqah…Khazilun…Tan Chui Min dah lupa pulak nama mereka. Mereka semua banyak membantu.

Ingat lagi pada tahun 2004..bulan 3…balik dari MESYUARAT LEMBAGA PEPERIKSAAN DI KUALA LUMPUR saya telah mengarahkan semua pelajar2 rc untuk membuat semula folio. Sebab  format folio yang saya buat semuanya salah. Pening kepala saya memikirkannya… Bayangkan folio yang dibuat dari 2003…tiba2 salah semua dan kena buat yang baru.  Bulan Julai 2004 nak kena taksir oleh pentaksir luar. Dalam hati kata..”mana boleh siap”.

Alhamdulillah….pelajar2 batch pertama ni semuanya baik2. Tak ada yang kata tak boleh siap. Mereka kata kita stay kat sekolah lah cikgu.. Syukur dalam hati saya berkata. Sejak bulan 3 hingga bulan 7…saya dan pelajar2 rc balik pukul 6.30 ptg. Hampir seiap hari termasuk hari Ahad dan Sabtu… Dan ada seorang pelajar ni balik pukul 7.00 malam. Lepas tu datang semula ke sekolah pukul 8.00 malam tanpa pengetahuan saya utk siapkan lukisan Auto Cad. Saya tak nak sebutkan namanya…Dia adalah pelajar yg sangat3 baik dan bertanggungjawab. Kesannya…..pagi2 lagi pengetua dah serang bilik rc dan berjumpa dgn saya ‘kenapa biarkan pelajar ini datang kesekolah pada waktu malam.’ Menggigil seluruh tubuh saya. Rasa nak terkencing pun ada. Yealah saya guru baru kat smkpt. Mujur pelajar tu kata…dia datang sendiri ke sekolah sebab nak siapkan kerja kursus. Masa dah pendek. Takut tak siap nak buat. Cikgu Intan tak tahu apa2. Saya hanya diam membisu. Pelajar tu pun bercakap dalam keadaan menggigil dan terketar2. Inilah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kalau pelajar tu baca tulisan ini..mesti dia pun akan ingat balik cerita ini. Cikgu ucapkan terima kasih sebab membela cikgu dihadapan pengetua.

Perkara yang paling mengembirakan ialah keputusan SPM buat pertama kalinya adalah 100% dan 7 orang mendapat A. Markah paling rendah adalah C(hanya 1 orang). Itulah kepuasan ku….Akhirnya terbalas jua…

Sekarang subjek rc dah mantap. Saya dah tinggalkan format yang betul2 kualiti untuk sesiapa sahaja yang akan ambil alih kelas ini nanti. Insyallah….boleh buat. Ikut saja format yang saya telah buat.

Bila saya dapat pindah…barulah KPM membekalkan peralatan untuk bilik rc. Dan bilik rc akan mempunyai peralatan dan kemudahan yang canggih…kalah bengkel khb..dan kalah makmal komputer serta bilik akses. Sayang…saya tak dapat merasanya. Bukan rezeki saya. Mungkin itu yang terbaik buat saya.

Saya akan rindu dengan suasana pengajaran rc. Saya memang sangat minat dengan rc..

Bilik rc yang mula2 ditubuhkan adalah di blok gontong royong pada tahun 2003 hingga 2007.

image

Dibelakang pelajar2 itulah bilik rc yang pertama. Telah diambil oleh Pendidikan Khas. Sejak dari itu…..bilik rc tak tetap kedudukannya. Saya mengalah….siapalah saya….tak ada kuasa… Pernah diletakkan di bilik Gym….Bilik Kaunseling sekarang dan juga Makmal Matematik. Paling sakt hati….bila barang2 rc yang ada kat makmal matematik diletakkan kat luar makmal tanpa pengetahuan guru rc. Saya hanya menurut perintah PENGETUA. Kalau yea pun nak ambil balik makmal tu…apa salahnya…bagitahulah kat guru2 rc. Kami ni bukannya guru2 yang keras kepala…kami hanya menurut perintah pengetua. Bukan suka sgt makmal matematik tu…banyak tahi burung….sekarang pun tgk macam terbiar jea…. Mentang2 orang kuat rc cuti hampir setahun. Suka2 jea letak barang2 rc kat luar mskmal. Byk barang2 rc yang hilang…Ketua aku pun buat tak nampak jea…geram betul..!!!

Naik cuti bersalin pada bulan November 2010…tempat pertama yang aku tengok adalah bilik rc.
YA ALLAH! Sakitnya hati aku bila lihat keadaan bilik rc. Meja dari barang2 terbuang. Paling sedih meja untuk pelajar2 rc melukis dari pintu tandas yang dah berlubang2 dan berconteng2. Sapa punya idealah ni….

Terus hilang semangat aku nak mengajar rc. Memang tak menghargai langsung. Padahal result rc telah menolong gred sekolah. Mujur cuma 1 minggu jea ada kat sekolah. Lps tu cuti… Tahun 2011 mengajar di sesi petang. Aku terus mengadu dgn orang kuat rc negeri Johor. Sebab tu…awal2 tahun org2 JPNJ dtg kesekolah…bukannya nak tgk fail panitia. Nak tgk bilik rc. .

image

Ini adalah dihadapan bilik rc dari tahun 2011-2012

Sekarang…..begitu juga….masih berpindah randah…..Aku dapat berita gembira tukar sekolah. …tetiba Tn.Hj bagitau nak pindahkan bilik rc. Dalam hati aku…suka hatilah sebab aku nak pindah. Pandai2 lah guru baru nanti pertahankannya. Bezanya kali ini Tn.Hj.  bagi bilik yang agak selesa untuk pelajar2 rc. Tapi takut ada org lain marah sebab bilik baru tu kepunyaan org  lain.  TERUS TERANG SAYA KATAKAN…SAYA SEBENARNYA TAK SUKA PINDAH RANDAH & TAK SUKA AMBIL HAK ORANG LAIN. SAYA HANYA MENURUT PERINTAH. TOLONG JANGAN MARAH2 DENGAN GURU2 RC YANG BARU. KESIAN DIA..TAK TAHU APA2.

inilah sedikit catatan perjalanan ku sepanjang hampir 10 tahun mengajar rc di smkpt. banyak duka dari bahagia. bahagianya bila result spm keluar dapat 100% lulus. itulah saja yg memberi semangat untuk saya mengajar rc.

Semoga dengan penghijrahan saya ke batu pahat…akan dapat memberikan saya satu semangat yang baru. Allah yang lebih mengetahuiNya.

Wassalam

image

Tempat pelajar2 rc spray projek dan buat model dari foam. Cerita sikit…tgh asyik dan kusyuk buat kerja…pelajar2 rc dimarahi oleh pembantu pendidikan khas. Katanya…nanti kotor. Atas arahan bos pendidikan khas. Sebab tulah diaorang buat pagar. Takut pelajar2 saya termasuk kawasan dia. YA ALLAH PENING KEPALA SAYA. Setahu saya pelajar2 tu akan kemas balik. Sejak tu…saya tak pernah melangkah masuk ke dalam kawasan larangan. RINDU DENGAN PN.BIBAH….selalu lepak2 dengan Pn.Bibah.

image

image

image

image

image

Dalam bilik rc………mujur tak cat.   kalau x bazir duit dan tenaga..sebab kena pindah lagi..

BERITA TERKINI…..
result spm 2012 untuk subjek rc 100%. gps terbaik sepanjang 10 tahun mengajar…2 org dpt A dan 8 org dpt A- ….dpd 16 org pelajar. Gred paling rendah C…

SYUKUR…..SYUKUR….
meninggalkan reka cipta dengan result yg cemerlang dan kenangan yang manis..

Baca Kiriman Penuh »

CONTOH SIJIL REKA CIPTA SPM

 
 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADUKA TUAN
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN 2012
SIJIL KERJA PROJEK REKA CIPTA
3763/2

Nama :                                                                                No.Kad pengenalan :
Angka Giliran :

Dianugerahkan Sijil Pentaksiran Kerja Projek Berasaskan Sekolah
Kerana telah memperoleh pencapaian seperti berikut;

KO1 PROSES MEREKA CIPTA                                                                           GRED
1.1 Mengenalpasti dan menganalisis masalah
1.2 Membuat penyelidikan dan penyiasatan
1.3 Menjana dan membuka idea
1.4 Mencipta dan mereka bentuk reka ciptaan
1.5 Merancang pembinaan reka cipta
1.6 Membina reka cipta

K02 KOMUNIKASI
2.1 Menghasilkan reka ciptaan untuk model yang bertepatan
2.2 Mengambil kira faktor estetika
2.3 Menghasilkan model yang bertepatan
2.4 Menghasilkan model yang mempunyai nilai
2.5 Menghasilkan kerja 2D dan 3D menggunakan CAD

_________________________
Tandatangan dan cop Pengetua

Tarikh :

Baca Kiriman Penuh »

LUKISAN PERSPEKTIF

ADA 3 JENIS LUKISAN PERSPEKTIF

1. LUKISAN PERSPEKTIF 1 TITIK
2. LUKISAN PERSPEKTIF 2 TITK
3. LUKISAN PERSPEKTIF 3 TITIK

TUJUAN LUKISAN PERSPEKTIF

Untuk melihat gambaran yang lebih jelas lukisan yang dihasilkan melalui pelbagai pandangan.

KONSEP ASAS

Semakin jauh sesuatu objek….maka semakin mengecil.

image

image

image

VIDEO – HOW TO DRAW 1, 2 & 3 POINT PERSPECTIVE

1. One point

image

Tutorial sila klik sini

2. Two point

image

Tutorial sila klik sini

3. Three point

image

Tutorial sila klik sini

Semoga anak2 murid ku dapat memahaminya dengan lebih jelas.

Baca Kiriman Penuh »

Idea kreatif – kertas

image

Baca Kiriman Penuh »

Idea kreatif

image

Utk tema rc akan dtg……

Baca Kiriman Penuh »

Pada 9.10.2012 sekolah SMKPT telah membuat satu bengkel kecemerlangan reka cipta. Tujuannya adalah untuk mendedahkan pelajar teknik2 menjawab yang betul. Oleh itu, panitia reka cipta telah menjemput cikgu Amir b Sufari untuk memberikan tip2 yang berguna dan cara2 menjawab yang betul kepada pelajar2.

Cikgu Amir telah mengajar mata pelajaran reka cipta selama 16 tahun. Beliau adalah salah seorang JU reka cipta untuk peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Beliau mempunyai pengalaman menanda kertas 1 reka cipta.

Kini beliau bertugas di SMK BULOH KASAP, SEGAMAT. Semoga dengan adanya bengkel ini, ia dapat meningkatkan kualiti pelajar2 dalam menjawab soalan kertas 1 reka cipta dalam peperiksaan SPM nanti. INSYAALLAH…..

image

image

image

image

Baca Kiriman Penuh »

BEKALAN ALATAN REKA CIPTA

Terima kasih saya ucapkan kepada PN.FAEEZA GHAFAR kerana telah membantu kami guru2 reka cipta dalam memperkasakan lagi matapelajaran reka cipta. Dengan adanya peralatan2 rc ini..maka perlaksanaan matapelajaran rc dapat dilaksanakan dengan lebih baik semasa P&P.

Disini saya sertakan senarai nama sekolah yang terpilih dalam perbekalan peralatan rc.

image

image

image

image

image

image

image

image

Baca Kiriman Penuh »

Baca Kiriman Penuh »

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 196 other followers