|
Kepada |
: |
||
Melalui |
: |
– | |
Daripada |
: |
||
Salinan kepada |
: |
Guru MP RC/PK1/KB/SU Peperiksaan | |
Perkara |
: |
Mesyuarat Penataran Dikriminasi MPKK RC 3763/2 | |
Tarikh/Hari – | 23-24 Mei 2012 | ||
Masa – | 3.00ptg-10.30mlm- Rabu/8.00pg-12.00tgh-Khamis) | ||
Tempat – | Hotel 11@Century |
[A]. UCAPTAMA :
Oleh : En Kamarudin Bin Kudong-Pegawai LPM
- Perlaksanaan PBS di sekolah berdasarkan Akta pendidikan 1996 (Akta 50)
- Maksud diskriminasi
a) Diskriminasi bermaksud perlakuan membezakan warna kulit, keturunan, jantina & warna. Atau pelayanan yang tidak adil dengan membanding bezakan.
- Kenapa dan mengapa menggunakan diskriminasi walaupun dalam bentuk maksud yang negatif.
- Diskriminasi bertujuan untuk membezakan pencapaian murid dalam melaksanakan PBS.
- Perbezaan di antara PNP dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), di mana dalam PNP tiada diskriminasi berlaku iaitu semua pelajar berhak untuk belajar dan mendapat ilmu manakala diskriminasi berlaku dlm pentaksiran PBS bagi menunjukkan dan membezakan pencapaian pelajar cemerlang, pelajar sederhana dan pelajar lemah. Skor hanya dilaporkan pada akhir pentaksiran.
- Kenapa PBS perlu berubah ?
a) Kerja kursus perlu menunjukkan diskriminasi yang lebih jelas tentang perkembangan (development) dan pertumbuhan (growth) antara murid. Pakar pentaksiran antarabangsa digunakan bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dalam mesyuarat penentuan standard digunakan.
b) Lebih holistik dan penekanan kepada semua aspek (skor).
c) Memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran dan dapat meningkatkan intergriti dan kredibiliti profesion perguruan.
d) Memberikan maklumbalas kepada pelajar.
e) Maklumbalas untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar.
- Perlaksanaan mulai tahun 2012 Tingkatan 4. Soalan akan boleh di muat turun mulai 15 Jun 2012.
- Persoalannya ?
Adakah adil untuk pelajar sebagai contoh :
a) Ali : sekali buat PBS – mendapat Gred A
b) Lim : dua kali buat PBS – mendapat Gred A ( sama )
c) Gopal : lima kali buat PBS – mendapat Gred A ( sama seperti Suria )
ADAKAH IANYA ADIL ?
- Kita sebagai guru perlu ada “ 4 HEAD” untuk melaksanakan perubahan
dalam PBS
Head : | Otak kena bijak dan banyak ilmu |
Heart : | Hati kena bersih |
Health : | Kesihatan perlu dijaga. Apa guna guru dan pelajar cemerlang jika kesihatan tidak dijaga. |
Hand : | Tangan mesti sentiasa berdoa |
[B]. BAGAIMANA PENDISKRIMINASIAN DILAKSANAKAN/PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN oleh EN NAZRI B MD SAAD
Oleh : En Nazri b Saad- Pegawai LPM
- 1. Masih kekal dengan rujukan kriteria.
- 2. Kaedah Diskriminasi.
HANTAR |
GRED KRITERIA |
Kali pertama memenuhi kriteria |
A1,B1,C1,D |
Kali kedua memenuhi kriteria |
A2,B2,C2 |
Kali ketiga memenuhi kriteria |
A3,B3,C3 |
Formula diskriminasi mata pelajaran Reka Cipta
- Murid diberi peluang untuk ditaksir semula
- Guru boleh mentaksir semula murid untuk kali ke 2 dan ke 3
3.Penskoran
Penskoran terhadap aspek yang telah dikenal pasti akan dibuat dengan menggunakan pendekatan Penilaian Berdasarkan Kriteria (PBK).
3.1 Empat gred digunakan yang diwakili seperti berikut.
A Cemerlang
B Kepujian
C Memuaskan
D Di bawah tahap memuaskan
3.2 Wajaran bagi setiap aspek yang dinilai bergantung kepada tahap kepentingannya.
3.3 Nilai wajaran diberi dengan menggunakan unit numerik 1, 2 dan 3.
3.4 Gred kriteria setiap aspek diberi berdasarkan bilangan penghantaran tugasan. Setiap calon berhak ditaksir sehingga tiga kali bagi meningkatkan pencapaian.
Contoh Gred penskoran pentaksiran kerja projek berdasarkan jadual berikut :
PENTAKSIRAN PERTAMA |
PENTAKSIRAN KEDUA |
PENTAKSIRAN KETIGA |
|||
GRED |
SKOR |
GRED |
SKOR |
GRED |
SKOR |
A1 |
10 |
A2 |
9 |
A3 |
8 |
B1 |
7 |
B2 |
6 |
B3 |
5 |
C1 |
4 |
C2 |
3 |
C3 |
2 |
D1 |
1 |
Lama
Agihan skor keseluruhan adalah seperti berikut:
Artifak – 40%
Folio – 60%
Baru
Agihan skor keseluruhan adalah seperti berikut:
Folio – 150
Artifak – 100
[C] ARAHAN PELAKSANAAN PROJEK REKA CIPTA
Oleh : En Nazri b Saad- Pegawai LPM
- 1. Manual Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK) perlu dipatuhi oleh guru Reka Cipta untuk pelaksanaan.
- 2. Tempoh masa pelaksanaan dan pentaksiran kerja kursus (projek) di peringkat sekolah adalah selama satu tahun (1 Julai, Tingkatan 4 hingga 1 Julai, Tingkatan 5).
- 3. Pentaksiran kerja kursus (projek) dilaksanakan secara beperingkat mengikut aspek berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan.
- 4. Segala kos yang diperlukan dalam penghasilan kerja kursus (projek) ditanggung oleh calon.
- 5. Calon adalah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan kerja kursus (projek) di bawah bimbingan dan pengawasan guru.(Bantuan pihak luar dalam penghasilan kerja kursus (projek) adalah tidak dibenarkan).
- 6. Guru mata pelajaran berperanan sebagai fasilitator dan pentaksir.
- 7. Guru memperakukan hasil kerja calon dengan menggunakan borang PKC (A) untuk artifak dan borang PKC (F) untuk folio.
- 8. Setiap hasil kerja calon mesti dijilid mengikut prosedur dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
- 9. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan segala kelengkapan peralatan untuk calon menyiapkan kerja kursus (projek).
10. Kemasukan markah secara online ikut format baru.(akan dimaklumkan oleh pihak LPM kelak)
Cadangan :Tarikh Penghantaran/Pentaksiran
Reka Cipta 3763/2 SPM 2013
PENGHANTARAN |
|||
ASPEK |
1 |
2 |
3 |
1.1 |
30 JUL-05 OGOS |
06-12 OGOS |
13-19 OGOS |
1.2 |
03-09 SEPT |
10-16 SEPT |
17-23 SEPT |
1.3 |
01-07 OKT |
08-14 OKT |
15 – 21 OKT |
1.4 |
07-13 JAN |
14 – 20 JAN |
21- 27 JAN |
2.5 |
04 – 10 FEB |
11-17 FEB |
18-24 FEB |
1.6 |
04 – 10 MAC |
11-17 MAC |
18 – 24 MAC |
2.1-2.4 |
06-12 MEI |
13-19 MEI |
20-26 MEI |
1.5 |
10 – 16 JUN |
17-23 JUN |
24-30 JUN |
**Sebarang Perubahan Tertakluk Pada Takwim Sekolah
[C] TINDAKAN GURU
- Melaksanakan PBS mengikut ketetapan baru (Pendiskriminasian)
- Berintegeriti dalam melaksanakan proses pentaksiran agar skor yang diperolehi murid ialah skor yang diberikan secara Adil , Sahih dan Amanah tanpa sebarang keraguan.
- Maklumkan kepada pentadbir sekolah pelaksanaan baru.
- Memastikan pihak pentadbir mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh LPM
- Memastikan prosedur kemasukan markah baru dipatuhi.
- Memastikan urusan pelajar bermasalah dari segi ponteng/disiplin dan sebagainya tidak menganggu pelaksanaan PBS RC diperigkat sekolah.
- Menetapkan masa yang sesuai untuk kerja pentaksiran. Maklumkan pada piha pentadbir khusunya Pengetua/PK1/SU Peperiksaan.
Disediakan oleh
En Zulkurnain bin Abdul Rahman
Guru Reka Cipta
SMK Ayer Baloi, Pontian
23 – 24 Mac 2012
saya tak faham berkaitan PBS yang baru…minta tolong LPM mengadakan taklimat untuk sekolah-sekolah yang tecicir. Kerjasama dari anda sangat diharapkan supaya saya dapat melaksanakan tugas dengan lebih lancar..terima kasih